24 December 2008

kata-kata mutiara hadist

Menurut istilah ahli hadist, hadist ialah segala ucapan nabi, segala perbuatan dan segala keadaannya. Masuk ke dalam pengertian keadaannya,segala yang diriwayatkan dalam buku sejarah seperti hal keputraannya, tempatnya dan segala yang bertalian dengannya. Pengertian ini samalah dengan pengertian sunnah menurut istilah golongan ahli hadith. Tetapi pengertian ini berlainan dengan pengertian ahli usul. Dan sebab berlainan ini ialah kerana berlainan jurusan yang mereka lihat dan mereka tinjau.




Sabda Rasulullah SAW: Tiga golongan manusia yang sangat dimurkai Allah iaitu yang cenderung kepada perkara yang haram, orang yang mengikut perbuatan jahilliyah dan orang membunuh orang lain tanpa hak. -Riwayat Bukhari dan Muslim.

Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar ma’ruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya adalah sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat adalah sedekah. (Hadis Riwayat At Tirmizi dan Abu Dzar)

Tiada dosa yang lebih layak untuk disegerakan Allah s.w.t. seksanya didunia disamping apa yang disediakan kelak diakhirat daripada aniaya dan memutuskan hubungan kekeluargaan" (Riwayat Al-Tarmizi & Ibn Majah dari Abu Bakar Al-Siddiq r.a.)

Tidak dihalalkan seorang Muslim memulau sesama Muslim lebih dari 3 hari 3 malam, maka siapa yang memulau lebih dari 3 hari 3 malam lalu mati akan masuk ke dalam api neraka. - Riwayat Abu Dawud & Annsa'i

Hadis riwayat Anas ra.: Bahwa beberapa orang sahabat Nabi saw. bertanya secara diam-diam kepada isteri-isteri Nabi saw. tentang amal ibadah beliau. Lalu di antara mereka ada yang mengatakan: Aku tidak akan menikah dengan wanita. Yang lain berkata: Aku tidak akan memakan daging. Dan yang lain lagi mengatakan: Aku tidak akan tidur dengan alas. Mendengar itu, Nabi saw. memuji Allah dan bersabda: Apa yang diinginkan orang-orang yang berkata begini, begini! Padahal aku sendiri salat dan tidur, berpuasa dan berbuka serta menikahi wanita! Barang siapa yang tidak menyukai sunahku, maka ia bukan termasuk golonganku (Hadis riwayat Abdullah bin Mas`ud ra)

Tidak halal bagi seorang muslim memutuskan saudaranya (tidak menegur sapa) lebih daripada tiga hari; bila keduanya bertemu maka yang seorang ini berpaling dan yang seorang lagi membelakangi. Dan orang yang lebih baik dari keduanya ialah orang yang memulakan dengan ucapan salam. (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balaslah dia, jika kamu tiada apa-apa balasan, maka hendaklah kamu doakan kepadanya" (Riwayat Al-Tabrani)

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: 'Tidak ada muslim yang ditimpa kesusahan, kesakitan yang berlanjutan, kerisauan, kesedihan, kecederaan atau kekhuatiran ataupun oleh duri yang mencucuknya melainkan Allah akan menjadikannya ganti rugi bagi dosa-dosanya.' (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasullulah s.a.w bersabda : “Barangsiapa dari umatku membaca selawat ke atasku satu kali Allah menetapkan untuknya sepuluh kebaikan, menghapuskan daripadanya sepuluh keburukan, mengangkat untuknya sepuluh darjat”. ( Sahih. R.Ahmad )

Rasulullah SAW pernah ditanya oleh para sahabat tentang siapakah golongan yang selamat itu. Lalu beliau menjawab :"Mereka adalah orang-orang yang mengikuti langkahku, dan langkah sahabat-sahabatku."

Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah laksana berada di atas mimbar yang terbuat dari cahaya.Mereka itu orang-orang yang berlaku adil dalam menetapkan hukum baik kepada rakyat maupun kepada keluarga.-Hadis Riwayat Muslim

Barangsiapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya,maka Allah akan memperhatikan kepentingannya.
Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim,maka Allah akan melapangkan satu kesulitan
dari beberapa kesulitan dihari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi kejelekan orang lain maka Allah akan menutupi kejelekannya dihari kiamat. -Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Setiap muslim yang memberikan pakaian kepada muslim yang tidak berpakaian, Allah akan memberikan pakaian syurga kepadanya.Setiap muslim yang memberi muslim lain yang kelaparan,Allah akan memberikan buah syurga kepadanya dan setiap muslim yang memberi minum kepada muslim yang kehausan Allah akan memberikan minum kepadanya dari ar-Rahiqul Makhtum.-Hadis Riwayat Abu Daud

Daripada 'Uqbah Bin 'Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau 'Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim. Kami menjawab : Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya.( Riwayat Muslim )

Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda: Apabila seseorang meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya kecuali dari tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak solih yang mendoakan nya. (Hadis Riwayat Muslim)

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

Rasulullah s.a.w bersabda :"Apabila seseorang darimu hendak mendirikan sembahyang, maka hendaklah ia sembahyang laksana sembahyang orang yang memberi selamat tinggal, iaitu orang yang sama sekali tidak fikir ia akan dapat kembali bersembahyang lagi." (Riwayat Al-Dailami dari Ummi Salamah)

Nabi s.a.w. bersabda; "Jagalah dirimu dari api neraka meski pun dengan sedekah separuh dari sebiji kurma, maka jika tidak dapat maka sepatah kata yang baik." - Sahih Bukhari & Muslim <

Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya para malaikat menaungi dengan sayapnya orang yang mencari ilmu, dikeranakan reda kepada apa yang dicari. (Hadis Hasan Riwayat Ahmad)

Malu (salah satu akhlak yang mulia) dan iman merupakan dua hal yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain, maka apabila salah satunya diangkat (hilang) maka hilanglah yang lain. (Hadis Riwayat Al Hakim dan Ath Thabrani)

Sabda Rasulullah saw: "Sesungguhnya Allah telah berfirman: Dan tidak mendekat seorang hambaKu kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Kusukai daripada menjalankan kewajipannya, dan selalu hambaKu mendekat kepadaKu dengan melakukan sunat-sunat sehingga Kusukainya. Maka apabila Allah telah kasih kepadanya, Akulah yang menjadi pendengarannya dan pengelihatannya, dan sebagai tangan yang dipergunakannya dan kaki yang dijalankannya." (HR Bukhari)

Barangsiapa yang menutupi aib saudara muslimnya, maka Allah akan menutup aibnya di dunia mahupun di akhirat. (Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan. (Riwayat Ahmad)

Diriwayatkan daripada Abu Syuraih al-Khuza'iy r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.

Apabila salah seorang di antara kamu makan, hendaklah dia makan dengan menggunakan tangan kanannya dan apabila dia minum hendaklah dia minum dengan menggunakan tangan kanannya kerana sesungguhnya syaitan itu, dia makan dengan menggunakan tangan kirinya dan minum juga dengan menggunakan tangan kirinya." (Hadis riwayat Imam Muslim).

Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naunganNya.-Hadis riwayat Al-Tirmizi

Sedekah itu bermula dengan dirimu, kemudian keluargamu. Jika berlebihan maka untuk kerabatmu dan seterusnya. ( Sahih. R.Nasaai )

Dari Abu Musa r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda; "Orang Mukmin sesama orang Mukmin bagaikan sebuah rumah. Satu sama lain hendaklah saling menguatkan." -Hadis Riwayat Muslim

Semua anak Adam (manusia) itu sering membuat kesalahan (dosa) dan sebaik-baik manusia yang membuat kesalahan (dosa) itu ialah orang-orang yang suka bertaubat" -Riwayat Al-Tirmizi

Tidaklah seorang mu'min itu suka mencela, dan tidak pula suka melaknat, dan tidak keji mulut dan tidak berkata kotor - Riwayat Muslim.

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya: "Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka." -H.R. Muslim

Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun. -Hadis riwayat Imam Tirmizi.

Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit, kecuali telah menjadikan ubatnya – Riwayat Bukhari dan Muslim.

Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum thamar dan mereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah swt. akan merubah mereka menjadi kera atau babi". -Riwayat: H.R. Ibnu Majah

Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". - Hadis riwayat Abu Daud

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda, yang bermaksud : “Tidak akan berlaku Hari Kiamat sehinggalah Sungai Furat (Euphrates di Iraq) kering dan mengeluarkan gunung (timbunan) emas yang menyebabkan manusia berbunuh-bunuhan. Maka seramai 99 daripada 100 orang telah dibunuh dan setiap lelaki dari kalangan mereka itu akan mengharapkan kejayaan itu menjadi miliknya.”- Hadis riwayat Muslim.

Dari Abdullah bin Amr ra ia berkata, ketika salah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw. "Ya Rasulullah amalan apakah di dalam Islam yang baik". Seraya Rasulullah saw menjawab: "Memberi makan (orang yang lapar) dan memberi salam kepada orang yang kalian kenal maupun tidak kalian kenal" (HR Bukhari).

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah telah bersabda: Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamu masuk Neraka atau dilaknati oleh Allah. Para Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu ? Rasulullah bersabda: Mensyirikkan Allah iaitu menyekutukanNya, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah perempuan-perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya, juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang beriman dengan Allah dan RasulNya dengan fitnah melakukan perbuatan zina -Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Dari Anas bin Malik ra berkata,”Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda bahwa Allah SWT berfirman,”Wahai anak Adam, selama kamu berdoa dan berharap kepada-Ku, maka Aku mengampuni dosa-dosa lampaumu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, meski dosamu sepenuh langit, namun bila kamu meminta ampun kepada-Ku, pastilah Ku ampuni dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, meski kamu datang kepada Ku dengan dosa sepenuh bumi namun bila kamu menemui-Ku tanpa syirik kepaa-Ku, maka Aku akan mendatangimu dengan ampunan sepenuh itu juga. (HR. At-Tirmizy)

Bertakwalah kepada ALLAH dimana saja engkau berada, dan ikutilah perbuatan kejahatan itu dengan kebaikan supaya terhapus kejahatan, dan bergaullah dengan sesama manusia dengan budi yang baik - (HR. At-Tirmizy).

Rasullullah SAW telah bersabda: “Tiada seorang Muslim yang kematian tiga anaknya sebelum mereka mencapai umur baligh, melainkan Allah pasti memasukannya kedalam syurga kerana kasih sayangnya kepada mereka” -Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi)

Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." -Riwayat Al Bazzar.

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.- Riwayat Bukhari dan Muslim.

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.-Riwayat Bukhari dan Muslim.

Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah- Riwayat Bukhari dan Muslim.

Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina. (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.

Pilihlah tempat menyimpan air mani yang baik (isteri solehah) dan kahwinilah wanita yang sepadan. (Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim).

Kahwinilah perempuan yang keturunan anak ramai, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu kerana ramainya ummah. (Riwayat Abu Daud dan Nasa'i).

Orang mukmim yang sempurna imamnya adalah yang terbaik budi pekertinya dan lemah lembut kepada keluarganya dan sebaik baik kawan, ialah yang baik kepada isterinya -Riwayat Al-Termizi

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah.(HR. Muslim)

Rasulullah SAW bersabda: “Dinikahi perempuan itu kerana 4 perkara: Pertama, kerana hartanya. Kedua, kerana keturunannya. Ketiga, kerana kecantikannya. Keempat, kerana agamanya. Maka yang lebih utama adalah perempuan yang beragama, pasti engkau akan beruntung.”(HR. Bukhari Muslim)

Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidur lalu dia enggan, maka tidurlah suami itu dalam keadaan marah kepadanya. Akibatnya malaikat turut marah kepadanya sehingga Subuh. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Jika seseorang diantara kamu hendak bersatu dengan isterinya, maka bacalah: ‘Bismillah’ ‘Ya Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari (anak) yang akan engkau kurniakan kepada kami.’ Kemudian jika berbuah dari mereka ini seorang anak, maka syaitan tidak akan merugikannya selama-lamanya -Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya seorang isteri belum dapat dikatakan telah menunaikan kewajipannnya terhadap Allah sehingga ia menunaikan kewajipannya terhadap suaminya seluruhnya. Dan jika suaminya memerlukannnya, sedangkan pada waktu itu dia sedang berada di atas kenderaaan, maka tidak boleh dia menolaknya."(HR. Thabrani)

Sesungguhnya apabila seorang suami memandang isterinya, dan isterinya membalas pandangan tersebut dengan penuh kasih dan cinta, maka Allah memandang mereka dengan pandangan kasih mesra, dan jika si suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di celah-celah jari tangan mereka.”-Hadis Riwayat Maisyarah

Rasulullah SAW bersabda: “Jika seorang isteri berkata kepada suaminya, belum pernah aku mendapatkan atau merasakan kebaikan darimu, maka bererti telah gugur amalnya.” -Hadis Riwayat Ibn Ady dan As-Syakir

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: jika isteri berkata kepada suaminya: talaklah aku/ ceraikan aku! Maka nanti di hari kiamat ia tidak berdaging, lidahnya keluar melalui tengkuknya dan akan dimasukkan ke dalam neraka jahanam walaupun ia puasa disiang hari dan solat malam." (Hadis dari Abu Bakar Shiddiq)

Setiap isteri yang minta cerai dari suaminya tanpa apa-apa (tanpa alasan yang dapat dibenarkan) maka haram atasnya bau syurga" -Hadis Riwayat Abu Daud & Al-Tirmizi

Dari Ammar bin Yasir bahwa Rasulullah SAW bersabda,”Tidak akan masuk syurga suami yang dayus”. (Hadis riwayat Abu Daud)

Diriwayat Abu Sa'id al-Khudri r.a katanya: Seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah kerana anak gadisnya tidak mahu berkahwin. Sabda Nabi kepada gadis itu: Patuhilah kehendak bapamu. Jawab gadis: Saya tidak akan kahwin sehingga Rasulullah menyatakan apa tanggungjawab saya sebagai isteri. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Jika suamimu berkudis, lalu engkau rawat kudisnya dengan mulutmu, maka perbuatan itu tidak wajar dianggap sebagai keterlaluan. Jawab gadis: Demi Allah, kalau begitu tugas isteri, aku tidak akan kahwin selama-lamanya. Sabda Nabi kepada bapanya: Jangan engkau paksa dia kahwin. Biarlah dia membuat keputusan sendiri.

Seorang perempuan datang bertanya kepada Rasulullah SAW serta menerangkan katanya: “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya? Rasulullah SAW menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.”(HR. Al-Hakim)

Ibnu Abbas r.a berkata: “Ada seorang wanita dari Khats’am datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: “Wahai Rasulullah, saya adalah seorang wanita yang sudah janda, dan saya ingin kahwin lagi, yang ingin saya tanyakan apakah hak suami itu? Rasulullah SAW menjawab: “Setengah daripada hak suami atas isterinya itu adalah apabila suami itu menginginkan isterinya itu untuk bercumbu rayu, walaupun isterinya itu di atas punggung unta, maka jangan sekali-kali isteri itu menolaknya.(HR. Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda: “Seorang perempuan datang menghadap kepada Rasulullah SAW, ia bertanya: “Ya Rasulullah, saya ini adalah utusan dari kaum wanita untuk menghadap tuan. Ada jihad yang diwajibkan kepada kaum lelaki, apabila mereka menang, mereka akan mendapat pahala, kalau mereka terbunuh mereka tetap hidup di sisi Tuhannya, mereka tetap mendapat rezeki. Sedangkan kami kaum wanita, kamilah yang memelihara mereka, kami akan memperolehi apa? Rasulullah SAW menjawab: Sampaikanlah kepada setiap kaum wanita yang kamu jumpai; bahawasanya, taat kepada suami, memenuhi hak-hak suami sama pahalanya dengan jihad, tetapi sedikit sekali di antara golonganmu yang melakukannya.”(Hadis dari Ibn Abbas)

Rasulullah SAW bersabda: “ Isteri manapun yang mengeraskan suara melebihi suara suaminya, maka dia akan mendapat laknat dari segala sesuatu yang disinari matahari.”(Hadis dari Umar bin Khattab)

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila wanita yang meratap tangis tidak bertaubat sebelum ia meninggal, maka dia akan dibangkitkan pada hari kiamat, dan ditubuhnya dikenakan pakaian jubah yang penuh dengan penyakit kubis.”(HR. Muslim)

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang wanita mendirikan solat yang lima, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya, maka dia masuk syurga dari pintu-pintu syurga manapun yang dikehendakinya.”(HR. Ibn Hibban)

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan Allah; dan jika ia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.”(HR. Ibn Hibban)

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.- Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.-Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Jika seorang berzina maka keluarlah iman daripadanya bagaikan payung diatas kepalanya dan bila menghentikannya maka kembalilah iman kepadanya (Riwayat Abu Daud, Al-Baihaqi & Al-Tarmizi)

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda: “ Barang siapa berkata kepada seorang kanak kanak: ‘ Kemarilah dan ambillah’, tapi kemudian ia tak diberikan apa, maka ia telah melakukan satu pendustaan.” -Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Abu Dunya&nbbsp;

Rasullullah SAW telah bersabda: “Org yang terbaik diantara kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.”

Daripada Muaz Bin Jabal r.a bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda: “ Jauhilah olehmu sekalian bermewah-mewah, kerana hamba-hamba Allah bukanlah org yg suka bermewah-mewah” -Hadis riwayat Ahmad & Abu Naim

Daripada Ali b Abi Talib berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: Sudah hampir sampai suatu masa dimana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada quran itu kecuali hanya tulisannya. masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepala mereka fitnah itu akan kembali.

Dari Abu Hurairah ra. bahwa Nabi saw. bersabda: "Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:

1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.

2. Para malaikat selalu meminta keampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.

3. Setiap hari Allah menghias syurga Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang saleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'

4. Pada bulan ini diikatlah syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.

5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, kerana orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.' (HR Ahmad)

Sabda Rasulullah s.a.w.; "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir." - Riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi

Dari Anas, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Bersahurlah. Sesungguhnya sahur itu berkat." - Riwayat Al Bukhari & Muslim

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda; "Apabila Ramadhan telah datang maka dibukakan pintu rahmat, dikunci Neraka Jahanam dan dibelenggu semua syaitan." - Sahih Muslim

Dari Sahl b. Saad Rasulullah s.a.w. bersabda; "Orang yang segera berbuka puasanya sentiasa dalam kebaikkan." - Riwayat Bukhari & Muslim

Anas r.a. berkata Nabi s.a.w bersabda; "Lima macam yang membatalkan puasa dan membatalkan wuduk: dusta, mengumpat dan bermuka-muka dan melihat yang bukan muhrim dengan syahwat dan sumpah palsu." - Riwayat Al-Azdi & Addailami

Nabi s.a.w. bersabda maksudnya; "Makan sahur itu berkat, kerana itu jangan kamu tinggalkan walau seteguk air kerana Allah merahmati orang-orang yang sahur dan malaikat mendoakan orang yang sahur." - Riwayat Ahmad

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ada lelaki datang bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; "Ya Rasulullah! Ibu saya telah meninggal dunia dan dia ketinggalan puasanya satu bulan. Bolehkah aku puasa untuk membayar puasa itu?" Jawab Nabi s.a.w.; "Ya boleh! Hutang kepada Allah lebih berhak untuk di bayar." - Sahih Bukhari

Perawi Hadith : Abu ad-Dardaa' r.a Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada satu hari yang terbit mataharinya melainkan ada di kiri kanan matahari itu: dua Malaikat yang menyerukan seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: "Wahai sekalian manusia! Marilah kamu semua berusaha mengerjakan amal bakti kepada Tuhan kamu, kerana sesungguhnya pendapatan-pendapatan yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia adalah lebih baik daripada pendapatan-pendapatan yang banyak serta melalaikan bekalan akhirat; dan tidak masuk matahari melainkan ada di kiri kanannya dua Malaikat yang menyerukannya seruan yang didengarinya oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: "Ya Tuhan kami! Berikanlah ganti yang berganda-ganda kepada orang yang mencurahkan nikmat-nikmat yang dikurniakan kepadanya pada jalan yang diredhai Allah, dan timpakanlah kerugian yang besar ke atas orang yang menahan nikmat-nikmat Allah itu daripada mengeluarkannya pada jalan yang dituntut oleh Allah."

Jabir berkata: “Kami bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w. dalam suatu peperangan. Ketika kami kembali ke Madinah, kami hendak masuk (ke rumah-rumah kami). Maka beliau bersabda: “Sabarlah, sampai masuk malam, agar isteri berhias dari kusut masai dan berdandan (berhias) perempuan yang (lama) dtinggalkan oleh suaminya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat kepada kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Al Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat." Riwayat: Abu Daud dan Tirmizi

Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w wafat, Saidina Abu Bakar r.a terus memegang teraju pemerintahan sebagaimana yang diamanahkan oleh baginda s.a.w. Keadaan ini menyebabkan beberapa kelompok masyarakat Arab bertukar kembali menjadi kafir. Saidina Umar r.a bertanya Saidina Abu Bakar: Bagaimana kamu akan memerangi manusia sedangkan Rasulullah s.a.w telah bersabda: Aku diarahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka mengucapkan Dua Kalimah Syahadah. Sesiapa yang mengucapkannya bererti dia dan hartanya bebas daripada aku kecuali apa yang dibenarkan oleh syariat dan segala-galanya terserahlah kepada Allah s.w.t untuk menentukannya. Abu Bakar menjawab: Demi Allah aku akan memerangi mereka yang membezakan antara sembahyang dan zakat kerana zakat merupakan tuntutan terhadap harta. Demi Allah, andaikata mereka enggan membayar zakat tersebut sedangkan mereka pernah membayarnya kepada Rasulullah s.a.w, aku tetap akan memerangi mereka. (Sahih Muslim)

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang suka bertemu kepada Allah, maka Allah suka menerimanya dan siapa yang tidak suka bertemu kepada Allah, Allah juga tidak suka menerimanya.

Dari Umar bin Khattab r.a, katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah". Riwayat Imam Bukhari.

Nabi s.a.w. bersabda; "Bertenang-tenang itu dari Allah dan bergopoh-gopoh itu dari Syaitan." - Riwayat Al-Baihaqi

Dari Abdullah r.a., katanya Nabi SAW bersabda,"Memaki orang muslim adalah durhaka (fasik) dan membunuhnya kafir." H.R. Bukhari

Daripada Mughirah bin Syu' bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya". H.R. Bukhari

Sabda RASULULLAH S.A.W: “Mahukah kamu sekalian saya beritahu sebaik-baik amal perbuatanmu, dan perbuatanmu yang paling suci di sisi Tuhanmu, amal perbuatan yang paling tinggi untuk memperoleh darjatmu, dan yg paling bagus di dlm mendermakan emas dan perak, serta sesuatu yg paling bagus daripada kamu sekelian berjumpa musuhmu kemudian mereka kamu pukul lehernya atau kamu yg dipukul lehermu? Iaitu zikir/ingat kepada Allah ta’ala”.

Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Baginda telah bersabda: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, prihatin terhadap suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin, dan kamu semua bertanggungjawab terhadap orang yang kamu pimpin.

Sesiapa saja yang melihat kemungkaran hendaklah ia bertindak mengubahnya denga lisannya (kata-kata) dan jika masih tidak berdaya, hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya, dan itu merupakan iman yang paling lemah. ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )

Demi Allah yang diriku dalam kuasa-Nya, kamu tidak akan masuk syurga, sebelum kamu beriman. Dan kamu tidak beriman sebelum kamu cinta-mencintai dan sayang-menyayangi satu sama lain. (Riwayat Muslim).

Bukan dari umatku orang yang tidak memuliakan orang tua dan mengasihi anak-anak muda kami dan tidak mempelajari daripada orang-orang alim-Riwayat Abu Daud-

Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian (Hadis riwayat Muslim)

Sampaikanlah apa-apa yang datang dariku walaupun satu ayat. (Hadis Riwayat Bukhari)

Sesempurna-sempurna iman seorang mukmin adalah mereka yang paling bagus akhlaknya. (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Baro’ bin ‘Azib berkata: Kami diperintahkan oleh Rasulullah saw untuk menjenguk yang sakit, menghantar jenazah, mendoakan orang bersin, berbuat baik (adil) dalam pembahagian, menolong orang yang dizalimi serta mendatangi/ memenuhi undangan dan menyebarkan salam. (Hadis Riwayat Bukhari)

Dari Abu Ruqayah Tamim bin Aus Ad-Dhari r.a, bahawasanya Nabi SAW bersabda : ' Agama itu adalah nasihat. ' Kami sekelian bertanya : ' Untuk siapa ? ' Maka jawab Rasulullah SAW : ' Bagi Allah, kitabNya, RasulNya dan bagi penganjur-penganjur kaum Muslimin dan orang awamnya. '

Dari Ibn Umar r.a, bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda : ' Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka mengaku tiada tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasulullah, dan mendirikan sembahyang, memberi zakat, maka jika mereka melakukan semua itu akan terselamatlah darah dan harata benda mereka dariku, kecuali yang mana ada hak Islam padanya dan perkiraan mereka terserahlah kepada Allah Ta'ala. '

Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhar r.a : " Bahawa saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Apa yang aku larang kamu lakukan maka hendaklah kamu tinggalkannya, dan apa yang aku perintahkan kamu lakukan hendaklah kamu lakukan sekadar kemampuan kamu. Sesungguhnya telah binasa umat-umat yang sebelum kamu disebabkan terlalu banyak bertanya serta pertelingkahan mereka terhadap Nabi-Nabi mereka.

Di antara kesenangan dunia yang aku sukai ialah wanita, wangi-wangian dan penenang hatiku adalah sembahyang.(Hadis riwayat Al-Nasa‘ei)

Dari Ibnu Mas'ud r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Tiada dihalalkan darah seorang Muslim, kecuali atas satu dari tiga sebab ; janda yang berzina, jiwa dengan jiwa ( membunuh tanpa hak ) dan orang yang meninggalkan agamanya, yang memisahkan diri dari jemaah.'

Dari Abu Muhammad Abdullah bin Amru bin Al-Ash r.a katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Tiada beriman sesaorang dari kamu sehingga hawa nafsunya patuh kepada apa yang aku sampaikan. ' "

Sesungguhnya Allah itu indah. Dia suka keindahan”.(Hadis riwayat Muslim )

"Akan datang suatu masa, umat lain akan memperebutkan kamu, ibarat orang-orang yang lapar merebutkan makanan dalam hidangan." Sahabat menanyakan: "Apakah lantaran pada waktu itu jumlah kami hanya sedikit, Ya rasulullah?" Dijawab oleh baginda: "Bukan, bahkan sesungguhnya jumlah kamu pada waktu itu banyak, tetapi kualiti kamu ibarat buih yang terapung-apung diatas air. Dan dalam jiwamu tertanam kelemahan jiwa." Sahabat bertanya: "Apa yang dimaksudkan dengan kelemahan jiwa Ya Rasulullah?"Baginda menjawab: "Iaitu cinta dunia dan takut mati." (Riwayat Abu Daud)

Dalam Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim disebutkan:"Manakah amalan yang paling dicintai Allah? Baginda menjawab: "Solat tepat pada waktunya." Dia (Abdullah) bertanya lagi: "Kemudian apa?" Baginda menjawab: "Berbuat baik kepada kedua orang tua." Dia bertanya lagi: "Kemudian apa?" Baginda menjawab: "Jihad di jalan Allah."

Dari Anas bin Malik Ra ia berkata: "Pada suatu hari Rasulullah SAW meringankan bacaan solat subuh (Dalam hadis yang lain: Beliau membaca dua surat yang paling pendek) Kemudian beliau ditanya: "Kenapa anda meringankan bacaan? Beliau menjawab : "Aku mendengar tangisan anak kecil, maka aku mengira ibunya sedang sholat bersama kita, sehingga aku bermaksud ibunya segera mengurusi anak tersebut" (HR. Ahmad)

Dari Aisyah ra berkata,”Rasulullah SAW pernah ditanya tentang seseorang yang berzina dengan seorang wanita dan berniat untuk menikahinya, lalu beliau bersabda,”Awalnya perbuatan kotor dan akhirnya nikah. Sesuatu yang haram tidak bisa mengharamkan yang halal”. (HR. Tabarany dan Daruquthuny).

Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah melihat seorang kanak-kanak yang telah dicukur sebahagian rambutnya dan sebahagian yang lain dibiarkannya. Lalu baginda melarang mereka dari berbuat sedemikian sambil bersabda: "Cukurlah semuanya atau biarkanlah semuanya." (Hadis riwayat Abu Daud).

Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi. (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Dari Abu Darda r.a bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda: “ Sesungguhnya kamu sekalian pada hari Kiamat akan dipanggil dengan nama kamu sendiri, dan nama bapa kamu. Kerana itu hendaklah memperindah nama kamu” Hadis riwayat Abu Daud

Pada akhir zaman, umatku berpecah menjadi tiga golongan. Satu golongan menyembah Allah dengan ikhlas. Satu golongan menyembah Allah dengan riak, dan satu golongan beribadat kepada Allah dengan tujuan mencari makan dari manusia. Manakala Allah mengumpulkan mereka di hari kiamat, Allah bertanya kepada orang yang hanya mencari makan, “ Apakah tujuanmu beribadat kepadaKu?” Maka dia menjawab. “Dengan kemuliaan dan ketinggianMu aku beribadat dengan tujuan mencari makan dari manusia.” Allah berfirman, “Tiada memberi manfaat apa yang telah kumpulkan.” Dia lalu dibawa ke neraka. Kemudian Allah bertanya kepada orang yang beribadat kerana riak. “Dengan kemulian dan ketinggianKu, apakah tujuanmu beribadat kepadaKu?” Dia menjawab, “Dengan kemulian dan ketinggianMu, aku beribadat kerana riak.” Allah berfirman, “Tiada satupun yang sampai kepadaku.” Maka orang itu dicampakkan ke dalam neraka. Kemudian Allah bertanya kepada orang yang beribadat dengan ikhlas. Dia menjawab, “Dengan kemuliaan dan ketinggianMu, Engkau lebih tahu apa yang aku kehendaki. Aku menghendaki zikir kepadaMu dan mengharap redhaMu.” Allah berfirman, “Benar hambaku.” Dia pun dihantar ke syurga.(HR. Thabrani)

Baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis riwayat Jabir menyatakan: Jarak antara kiamat dan kebangkitanku, seperti antara jari telunjuk dan jari hantu. Maksudnya dekat dan tidak dipisahkan dengan kebangkitan mana-mana nabi lagi. (Hadis riwayat Bukhari )

Dalam hadis lain diriwayatkan bahwa Jibril a.s., bertanya kepada Rasulullah saw. perihal tibanya hari kiamat, lalu beliau menjawab, “Tidaklah yang ditanya lebih mengetahui daripada yang bertanya.” Penanya berkata lagi, “Beritahukanlah pada saya tanda-tandanya.” Beliau menjawab, “Apabila sahaya wanita melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang lagi miskin dan penggembala kambing bermegah-megahan dalam gedung besar.” (H.R. Bukhari dan Muslim dari Umar r.a.)

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". -Hadis riwayat Al-Termizi

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku 'al-Harj'". Sahabat bertanya, "Apakah al-Hajr itu hai Rasulallah"? Nabi saw. menjawab, "Peperangan demi peperangan demi peperangan". -Hadis riwayat Ibnu Majah

Dalam hadis Rasulullah s.a.w riwayat Muslim : "Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: Laki-laki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor lembu untuk memukuli orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak- lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak bonggol unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash bahwasanya Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya tanda pertama yang keluar (yang menunjukkan sangat dekatnya waktu hari kiamat) ialah terbitnya matahari dari arah barat dan keluarnya sejenis binatang di hadapan orang banyak di siang hari. Bila di antara kedua tanda ini sudah keluar lebih dulu, yang lain akan menyusul dalam waktu yang dekat sekali sesudah terjadinya yang pertama.” (H.R. Muslim dan Abu Daud).

Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan tiba hari kiamat sebelum matahari keluar dari arah barat. Jika matahari telah terbit, maka seluruh manusia beriman. Beriman di saat tidak ada gunanya bagi diri mereka yang tadinya belum pernah beriman, juga bagi mereka yang tadinya belum pernah berbuat baik selama dia beriman.” (H.R. Bukhari, Muslim dan Abu Daud).

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Sungguh belum akan tiba hari kiamat sebelum kamu semua (kaum muslimin) memerangi kaum Yahudi, sampai-sampai batu yang di belakangnya ada orang Yahudi bersembunyi berkata, ‘Hai orang Islam! Ini ada orang Yahudi bunuhlah ia!’.” (H.R. Bukhari dan Muslim).

Maksud hadis: Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada hari kiamat "Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagungan-Ku? Pada hari ini mereka itu akan Aku beri naungan pada hari ini tiada naungan melainkan naungan-Ku sendiri." (Riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: "Adakah kamu tahu siapakah orang papa(muflis) pada Hari Kiamat?" Jawab sahabat RA, "Orang papa yang kami tahu ialah orang yang habis wang dan harta bendanya." Baginda bersabda lagi: "Sesungguhnya orang yang papa pada hari itu ialah orang yang mengerjakan sembahyang, puasa dan berzakat, di samping itu mereka suka mencaci atau memaki hamun, menuduh dengan sewenang-wenang, memakan harta orang lain, membunuh manusia dengan kejam dan memukul orang yang tidak bersalah. Segala amal kebajikannya yang dikerjakannya akan digunakan bagi menampung kesalahan dan kejahatan yang dilakukannya. Sekiranya kebajikannya tidak cukup, maka baki kesalahannya akan dicampur dengan kesalahan orang yang dianiaya lalu dibebankan kepadanya, kemudian ia dicampakkan ke dalam neraka." (Riwayat Muslim)

Dari Auf b. Malik r.a.Rasulullah s.a.w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari
kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." (Pengisytiharan baitulmuqaddis sebagai hak Israel)--Hadis riwayat Bukhari

Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." -Sahih Muslim-

Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid
--Hadis riwayat Nasa'i.-

Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." -Riwayat Ahmad dan Hakim-

Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu-Sahih Muslim-

Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar"-Riwayat Ahmad-

Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai."
-Sahih Muslim-

Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran.-Riwayat Ahmad-

Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah duniaakan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia-Riwayat Thabrani-

Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja -Riwayat Ahmad-

Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit."-Riwayat Thabrani-

Dari Ibn Umar r.a., katanya : " Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : ' Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. ' Maka Ibn Umar berkata : "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati. "

Dari Alqamah ia berkata: Aku sedang berjalan bersama Abdullah di Mina lalu ia bertemu dengan Usman yang segera bangkit dan mengajaknya bicara. Usman berkata kepada Abdullah: Wahai Abu Abdurrahman, inginkah kamu kami kawinkan dengan seorang perempuan yang masih belia? Mungkin ia dapat mengingatkan kembali masa lalumu yang indah. Abdullah menjawab: Kalau kamu telah mengatakan seperti itu, maka Rasulullah saw. pun bersabda: Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekalian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, karena sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu . Janganlah kalian saling hasad, saling membenci, saling mencari kesalahan, saling menipu, tetapi jadilah hamba Allah yang bersaudara. (Hadis Riwayat Muslim)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Dari Rasulullah saw. beliau bersabda: Solat salah seorang di antara kalian tidak akan diterima apabila ia berhadas hingga ia berwuduk

Telah bersabda Rasulullah saw: Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim. (Hadis Riwayat Baihaqi)

Rasulullah saw telah bersabda: Barang siapa yang berbicara tentang sesuatu berkenaan dengan Al Quran tanpa ilmu, maka bersiap-siaplah menempati tempatnya di neraka. (Hadis Riwayat Tirmidzi Dan Ahmad)

Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka bersiap-siaplah menempati tempat kembalinya di neraka. (Mutafaqun Alaih)

Cukuplah seseorang disebut sebagai pendusta jika mengatakan segala apa yang didengarnya. (Hadis Riwayat Muslim).

Riwayat Hadis : Dari Abu Salim r.a., dari Nabi SAW, beliau bersabda: "Kalau kamu tidur, jangan biarkan api menyala dalam rumahmu." (Bukhari)

Bukankah ubat kejahilan itu bertanya? (Hadis Riwayat Hakim, Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Sesungguhnya Allah, para malaikat, penduduk langit dan bumi, sampai semut dan ikan mendo'akan kebaikan kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia. (Hadis Riwayat Tirmizi)

Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya keutamaan seorang 'Alim atas seorang 'Abid seperti kelebihan cahaya rembulan dari seluruh bintang-bintang. (Hadis Riwayat Tirmizi)

Setiap penyakit itu ada ubatnya, apabila penyakit telah diubat dengan ubat yang tepat, maka akan sembuh dengan izin Allah – Riwayat Bukhari dan Muslim.

Barangsiapa bersembahyang Jemaah di waktu Isya' maka seolah-olah dia berdiri bersembahyang setengah dari malam & barangsiapa solat subuh berjemaah maka seolah-olah dia bersembahyang sepanjang malam.(Riwayat Muslim)

Dari Abu Ayub al-Ansari r.a : Katanya : Seorang lelaki kampung yang dalam keadaan musafir telah mengadap Rasulullah s.a.w, lalu dia memegang tali unta baginda. Kemudian lelaki tersebut berkata: Wahai Muhammad! Ceritakanlah kepadaku perkara yang boleh mendekatkanku kepada Syurga dan menjauhkanku dari Neraka. Rasulullah s.a.w tidak segera menjawab, sebaliknya baginda memandang ke arah para Sahabat sambil bersabda: Sesungguhnya dia adalah orang yang telah mendapat petunjuk. Kemudian baginda bertanya kepada lelaki tersebut: Apakah perkara yang engkau tanyakan tadi? Lelaki tersebut mengulangi pertanyaannya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah mengabdikan diri kepada Allah, jangan menyekutukannya dengan sesuatu, dirikanlah sembahyang, keluarkanlah zakat dan pulihkanlah hubungan kekeluargaan. Sekarang lepaskanlah unta ini. (Riwayat Bukhari Muslim )

Sesiapa yang bertengkar dalam sesuatu pergaduhan tanpa usul periksa nescaya ia akan sentiasa berada dalam kemurkaan Allah sehingga ia mati (Hadis riwayat Abu Dunya)

Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau sebesar zarah ( Hadis riwayat Muslim )

Siapa yang akan diberikan kebaikan(nikmat) oleh Allah diberikannya penderitaan(lebih dahulu) (Hadis riwayat Bukhari)

Tidak (dibenarkan) hasad dengki melainkan pada dua perkara, (iaitu): Seorang yang dikurniakan oleh Allah harta yang banyak, lalu dia menaburkan harta itu pada perkara-perkara yang benar, dan seorang yang diberikan oleh Allah ilmu, lalu dia mengamalkan ilmu itu serta mengajarkannya (kepada orang lain).” (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Telapak kaki seseorang yang kena debu sewaktu berjuang pada jalan Allah itu tidak akan tersentuh oleh api neraka (Hadis riwayat Bukhari)

Tidak masuk syurga orang yang suka menabur fitnah (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

“Janganlah kamu saling benci membenci, dan janganlah kamu saling berdengki-dengkian, dan janganlah kamu saling bermusuh-musuhan. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Seorang muslim adalah saudara kepada seorang muslim (yang lain). Tidak boleh menganiaya dan membiarkannya dianiaya.-Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Aisyah r.ha bertanya : "Ya Rasulullah, saya mempunyai dua tetangga, maka kepada yang manakah harus berhadiah?" Jawab Nabi s.a.w : "Kepada yang lebih dekat kepada pintunya" (Riwayat Muslim)

Malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar-gambar atau patung-patung" (Bukhari Muslim).

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadist "Orang yang membuat gambar ini akan disiksa di hari Kiamat dan dikatakan kepada mereka "Hidupkanlah apa yang kamu ciptakan". Dalam riwayat Aisyah juga dikatakan "Suatu hari Rasulullah datang dari bepergian, sesampai di kediaman beliau melihat Aisyah telah memasang kelambu bergambar di salah satu sisi ruangan, lalu berubah raut muka beliau (tanda tidak rela), lalu beliau berkata kepada Aisyah "Tidak wahai Aisyah, sesungguhnya yang akan mendapatkan siksa pedih di hari Qiyamat adalah mereka yang menciptakan ciptaan yang menyerupai ciptaan Allah, lalu A'isyah mencopot kelambu tersebut dan memotongnya menjadikannya selimut bantal atau guling. (Bukhari Muslim).

Dalam riwayat Masruq:"Suatu hari kami bersama Abdullah (sahabat nabi) memasuki sebuah rumah yang penuh dengan patung-patung, lalu Abdullah bertanya "patung siapa ini?" lalu dijawab "Itu patung Mariam", lalu Abdullah berkata :"Rasulullah pernah bersabda :"Sesungguhnya termasuk orang yang akan mendapatkan siksaan berat di hari kiamat nanti, orang yang membuat patung, lalu diperintahkan kepada mereka agar menghidupkan patung-patung tersebut" (H.R. Bukhari dan Muslim).

Dari Abu Hurairah radiallahu anhu dan Abu Said r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada suatu kaum pun duduk-duduk sambil berzikir kepada Allah melainkan dikelilingi oleh para malaikat dan ditutupi oleh rahmat serta turunlah kepada mereka itu ketenangan di dalam hati mereka dan Allah mengingatkan mereka kepada makhluk-makhluk yang ada di sisinya yakni disebutkan-sebutkan hal ehwal mereka itu di kalangan para Malaikat. (Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda:: "Andai kata engkau semua dapat mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya engkau semua akan sedikit ketawa dan banyak menangis." Para sahabat menutupi wajah masing-masing sambil mendengar suara esakannya. (Mutaffaqun'alaih)

Maksud hadis: Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga. (Riwayat Muslim)

Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat (tidak terang halal atau haramnya) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati"

Hadith Rasullullah s.a.w. :"Halal itu jelas, haram itu pun jelas, dan antara keduanya ada beberapa perkara yang syubhat (samar) yang banyak dari manusia tidak mengetahuinya. Maka barangsiapa memelihara dirinya dari segala kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran jatuhlah ia ke dalam haram,"(H.R. Muslim)

Dari Abu Malik Al-Asy'ari r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Bersuci itu separuh daripada keimanan. (Muslim) Sabda Rasulullah s.a.w. lagi, maksudnya: Dari Usman bin Affan r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang berwuduk lalu memperbagus wuduknya (menyempurnakan sesempurna mungkin) maka keluarlah kesalahan-kesalahannya sehingga keluarnya itu sampai dari bawah kuku-kukunya.(Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w : "Hai Abu Dzar, jika kamu memasak makanan (berkuah), maka banyakkan lah airnya dan perhatikan tetanggamu" (Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Tanda orang munafik itu tiga, iaitu jikalau dia berdusta, jikalau berjanji dia memungkiri dan jikalau diamanahkan dia khianat. (Mutaffaqun'alaih).

Sabda Rasulullah s.a.w " Barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya" (Riwayat Muslim)

Sabda Baginda lagi : " Tiada sempurna iman sesorang hamba, sehingga tetangganya terselamat dari segala kejahatannya" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya binasa umat sebelum kamu kerana mereka banyak menyoal (yang tidak berfaedah) dan mereka suka menyalahi Nabi-nabi mereka. (Mutaffaqun'alaih)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Barangsiapa yang menyaksikan (berada di tempat) jenazah hingga ia (ikut) menshalatkannya, maka dia memperoleh pahala satu qirath. Adapun barangsiapa yang menyaksikan (berada di tempat) jenazah hingga dikubur, maka dia memperoleh pahala dua qirath. Ditanyakan pada beliau shalallahu 'alaihi wa sallam apakah dua qirath itu? Beliau menjawab: "seperti dua gunung besar." (Hadist riwayat Bukhari dan Muslim).

Daripada Abu Barzah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda pada penghabisannya jikalau beliau s.a.w. hendaklah berdiri dari majlis yang ertinya: "Maha Suci Engkau ya Allah, dan saya mengucapkan puji-pujian pada-Mu. Saya menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Engkau saya mohon ampun serta bertaubat pada-Mu." Kemudian ada seorang lelaki berkata. "Ya Rasulullah! Sesungguhnya tuan mengucapkan sesuatu ucapan yang tidak pernah tuan ucapkan sebelum ini." Baginda bersabda: "Yang demikian itu adalah sebagai kafarah (penebus) daripada apa saja yakni kekurangan-kekurangan atau kesalahan-kesalahan yang ada di dalam majlis itu." (Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud juga diriwayatkan oleh imam Hakim iaitu Abu Abdillah dalam kitab Al-Mustadrak dari riwayat Aisyah radiallahu anha dan ia mengatakan bahawa hadis ini adalah sahih isnadnya.)

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: Sesungguhnya seorang kamu pergi menunaikan sesuatu keperluan saudaranya lebih baik baginya daripada beriktikaf di masjid aku selama sebulan. Dan sabdanya lagi, maksudnya: Sesiapa yang telah memasukkan kegembiraan iaitu menghilangkan kesusahan dan kesukaran kepada keluarga muslim, maka Tuhan tidak melihat balasan kepada selain syurga.

Berkata Abu Dzarr RA: "Aku telah bertanya kepada Rasulullah SAW, katanya, "Ya Rasulullah, masjid manakah yang pertama dibangunkan di bumi ini ?". Rasulullah SAW menjawab; "AL-Masjidul Haram." Aku bertanya lagi; "Setelah itu apa?" Rasulullah SAW menjawab; "Al-Masjidul Aqsa." "Berapa lama selang antara keduanya?" Rasulullah SAW menjawab; "Empat puluh tahun." Kemudian beliau bersabda lagi; "Maka di mana sahaja kamu berada di waktu masuk waktu solat, laksanakanlah solat di tempat itu. Itulah masjidnya."

Rasullah saw bersabda yang bermaksud:"Barang siapa ingin menjadi terkuat, hendaklah bertawakkal kepada Allah.Barang siapa ingin dirinya menjadi orang yang paling mulia, hendaklah bertawakkal kepada Allah.Barang siapa ingin dirinya menjadi orang yang paling kaya, hendaklah lebih mempercayai kekuasan Allah daripada kekuasaan dirinya."

Tiada seorang Muslim yang melihat wanita lalu dia memejamkan matanya, melainkan Allah s.w.t. akan memberi pada rasa lazat beribadat dihatinya" (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani)

Barangsiapa yang berperang untuk menegakkan kalimat (agama) Allah s.w.t. maka itu Fisabilillah" (Riwayat Bukhari, Muslim &Abu Daud dari Abu musa al-Asyari r.a)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan memanggil Jibril dan berkata: Sesungguhnya Aku mencintai si polan maka cintailah dia! Jibril pun mencintainya. Kemudian dia menyeru para penghuni langit: Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah dia! Para penghuni langitpun mencintainya. Kemudian dia pun diterima di bumi. Dan apabila Allah membenci seorang hamba, maka Dia memanggil Jibril dan berkata: Sesungguhnya Aku membenci si polan, maka bencilah pula dia! Jibril pun membencinya. Kemudian dia menyeru para penghuni langit: Sesungguhnya Allah membenci si polan, maka bencilah kepadanya. Para penghuni langit pun membencinya. Kemudian kebencian pun merambat ke bumi.

Siapa yang pada petang harinya berasa letih dari amal usaha yang dilakukan dengan kedua tangannya sendiri, maka dia pada petang itu telah diampunkan dosanya (Riwayat Al-Tabrani dari Ibn Abbas r.a.)

Rasulullah s.a.w. bersabda; " Laknatlah untuk orang berzina, orang yang memakan riba dan orang yang menulis urusan riba dan orang yang menyaksikan riba. Mereka itu keadaan sama sahaja." - Sahih Muslim

Sesungguhnya dari sedekah dan silaturrahim itu Allah s.w.t. akan menambah dengan keduanya itu lanjut umur dan menolak dengan keduanya kematian yang tidak baik dan dihindarkan dengan keduanya semua yang tidak disukai dan dikhuatirkan" (riwayat Abu Ya'la dari Anas r.a.)

Daripada Abu Hurairah telah berkata : Sabda Rasulullah s.a.w yang ertinya : Sesungguhnya Allah itu Maha Baik tidak menerima melainkan sesuatu yang baik. Dan Sesungguhnya Allah telah memerintah para orang yang beriman sama dengan apa yang telah Dia perintah dengannya terhadap para rasul. Maka firmanNya yang artinya : Wahai rasul-rasul makanlah kamu daripada makanan yang baik (halal)...dan firmanNya lagi yang artinya : Wahai orang-orang yang beriman makanlah kamu daripada makanan yang baik apa yang dianugerahkan kepadamu(halal).... Kemudian Rasulullah s.a.w menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berrdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mau mengabulkan doanya. - Riwayat Muslim

Dari Abu Hurairah r.a. Dari Nabi s.a.w sabdanya; " Allah Ta'ala sangat gembira menerima taubat seseorang kamu melebihi kegembiraan seseorang yang menemukan kembali barangnya yang hilang." - Sahih Muslim

Nabi s.a.w. bersabda; "Berusahalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan berusahalah untuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari." - Sahih Muslim

Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda; " Melihatlah kepada orang yang lebih rendah darimu dan jangan melihat orang yang lebih tinggi. Itulah tembok kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu." - Sahih Muslim

Nabi s.a.w. bersabda; " Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan malaikat mendoakan orang yang memakai serban pada hari Jumaat." - Riwayat Atthabarani

Nabi s.a.w. bersabda; " Siapa yang mengunjungi orang sakit, maka dia sentiasa berada dalam sebuah taman syurga penuh dengan buah-buahan yang daripada dipetik sampai dia kembali." - Riwayat Tirmidzi

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa bermimpi melihatku dalam tidurnya maka sesungguhnya dia benar-benar melihatku kerana syaitan tidak sanggup mengubah bentuknya seperti bentukku." - Sahih Muslim

Nabi s.a.w. bersabda; "Pakailah pakaian antara pakaianmu yang putih; kerana sesungguhnya pakaian putih itu lebih suci dan lebih baik dan kapanilah orang-orang mati dengan kain putih." - Riwayat Ahmad

Aisyah r.a. menceritakan; "Nabi s.a.w. tidak pernah puasa sunat setiap bulan dalam setahun lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban. Beliau bersabda; Beramallah kamu sesuai dengan kemampuanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah bosan ( memberi pahala ) sehingga kamu sendiri bosan beramal." - Sahih Muslim

Dari Abu Hurairah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Ada 2 perkara yang keduanya dapat menyebabkan mereka menjadi kafir iaitu mencela keturunan ( orang lain ) dan meratapi mayat." - Sahih Muslim

Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang berperang untuk menegakkan (agama) Allah, maka itu fisabilillah." - Sahih Bukhari

Dari Anas b. Malik r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya Allah Taala sangat suka kepada hambaNya yang mengucapkan tahmid sesudah makan dan minum." - Sahih Muslim

Dari Anas r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda; "Yang menghantar jenazah ada tiga macam, yang dua kembali satu tinggal menemaninya. Yang menghantar ialah keluarganya, hartanya pulang dan yang tinggal menemaninya ialah amalannya." - Sahih Muslim

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi bersabda; "Sebaik-baik hari ialah Jumaat kerana pada hari itu Adam dijadikan. Pada hari itu dia masuk Syurga, pada hari itu dia keluar daripadanya dan tidak terjadi Kiamat melainkan pada hari Jumaat." - Sahih Muslim

Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang merendah diri kepada Allah, nanti Allah mengangkat kepada kedudukannya yang tinggi dan mulia." - Riwayat Abu Nu'aim

Dari Syaidina Usman r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Barang siapa mati dalam keadaan dia yakin tiada Tuhan selain Allah maka dia masuk syurga." - Sahih Muslim

Nabi s.a.w. bersabda; "Keutamaan bulan Syaaban di atas bulan bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain sedangkan keutamaan bulan Ramadhan di atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah di atas makhlukNya."

Nabi s.a.w. bersabda; "Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke Syurga." - Riwayat Muslim

Dua sifat yang tidak terdapat dalam hati seorang mukmin ialah ; i) kikir ii) budi pekerti yang jahat. - Riwayat Atthirmidzi

Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seorang hamba selama dia belum nazak akan mati. - Riwayat Attirmidzi dari Ibnu Umar r.a.

Nabi s.a.w. bersabda; "Jika sakit seorang hamba hingga 3 hari, maka keluar dari dosa-dosanya sebagaimana keadaannya ketika baru lahir dari kandungan ibunya." - Riwayat Atthabarani

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim pun mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya pula. Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula." - Sahih Muslim

Dari Aisyah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Bersiwak itu dapat membersihkan mulut dan keredhaan Allah." - Sahih Bukhari

Dari Abu Hurairah r.a. katanya; "Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; "Ya Rasulullah, siapakah dari keluargamu yang paling berhak dengan kebaktianku yang terindah?" Jawab beliau,"Ibumu! Kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu kemudian terdekat kepadamu, yang terdekat." - Sahih Muslim

Dari Anas b. Malik r.a. dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; "Siapa yang rezekinya dilapangkan Allah atau usianya dipanjangkan maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim." - Sahih Muslim

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Allah berfirman: Setiap amal anak Adam adalah untuk anak Adam itu sendiri melainkan puasa. Sesungguhnya puasa itu bagiKu dan aku membalasi puasanya itu." - Sahih Bukhari

Dari Ibn Abbas r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda; "Pergelangan (pegangan) Islam dan sendi agama itu 3 dan di atasnya tegaknya asas Islam, siapa meninggalkan satu daripadanya maka dia kafir dan halal ditumpahkan darahnya iaitu syahadat, sembahyang fardu dan puasa bulan Ramadhan." - Riwayat Abu Yala

Dari Abu Sa'id r.a. katanya:Terjadilah pertengkaran antara Khalid bin Walid dengan Abdurrahman bin'Auf hingga Khalid memaki lawannya, lalu Rasulullah bersabda: Janganlah kamu memaki salah seorang daripada sahabatku, kerana sekalipun kamu mendermakan emas sebesar gunung Uhud, masih belum dapat menyamai darjat mereka, bahkan belum sama dengan separuh darinya. -Hadis riwayat Imam Muslim.

Siapa yang iktikaf pada malam Lailatulqadar itu kerana terdorong oleh iman dan ikhlas maka diampunkan dosanya yang telah lalu." - Riwayat Adailamani

Daripada Osman Bin 'Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain.( Riwayat Bukhari )

Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda: Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang Al Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam.( Riwayat Bukhari & Muslim )

Berziarahlah ke kubur, sesungguhnya ia mengingatkan kalian akan akhirat." (Riwayat Muslim)

Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.( Riwayat Tarmizi )

Nabi s.a.w. bersabda; "Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipatgandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan." - Riwayat Al Baihaqi

"Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada umatNya Lailatulqadar dan tidak diberikan kepada umat yang sebelum mereka." - Riwayat Addailamani dari Anas r.a.

Nabi s.a.w. bersabda; "Apabila salah seorang kamu lupa bahawa dia berpuasa, lalu ia makan atau pun minum maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya kerana sesungguhnya ia telah diberi makan dan minum oleh Allah." - Sahih Bukhari & Muslim

Daripada Nawwas Bin Sam'an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li 'Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya. ( Riwayat Muslim )

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman (kepada malaikat pencatat amal): Bila hamba-Ku berniat melakukan perbuatan jelek, maka janganlah kalian catat sebagai amalnya. Jika ia telah mengerjakannya, maka catatlah sebagai satu keburukan. Dan bila hamba-Ku berniat melakukan perbuatan baik, lalu tidak jadi melaksanakannya, maka catatlah sebagai satu kebaikan. Jika ia mengamalkannya, maka catatlah kebaikan itu sepuluh kali lipat

Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : " Islam itu didirikan atas lima (perkara) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasa nya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

Tiada seorang Muslim yang tiba padanya waktu sembahyang fardhu lalu dia menyempurnakan wuduk dan khusyuk serta rukuk,sujudnya melainkan sembahyang itu menjadi penebus dosanya yang telah lalu selama dia tidak berbuat dosa besar dan yang demikian itu sepanjang masa" (Riwayat Muslim dari Uthman r.a.) Dari An-Nawwas bin Sim'an r.a, dari Nabi SAW yang bersabda : " Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik. Dan dosa pula adalah apa yang tersimpul di dalam diri engkau dan engkau benci bahawa ia diketahui manusia mengenainya. -Riwayat Muslim

Rasullulah bersabda, "Tiada suatu yang lebih kusukai dari dua tetesan, yaitu tetesan darah yang tumpahan darah karena jihad fisabilillah dan tetesan air mata yang mengalir karena rasa takut dan rindu kepada Allah" (HR Turmudzi).

Rasulullah bersaba, "Tidak akan masuk ke dalam neraka seorang yang menangis karena takut kepada Allah" (HR.Tirmidzi dan Abu Hurairah ra).

Jika Allah menghendaki kebaikan bagi hamba-Nya, maka Dia menyegerakan hukuman di dunia. Jika Allah menghendaki keburukan bagi hamba-Nya, maka Dia menahan hukuman kesalahannya sampai disempurnakannya pada hari qiamat." (HR. Imam Ahmad, At-Turmidzi, Al-hakim, Ath-Thabrani, dan Al-Baihaqi).

Seorang pemuda bertanya,"Ya Muhammad, apa itu Islam?" Rasulullah (s.a.w) pun menjawab,"ISLAM ialah mengucapkan tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah, menunaikan solat,membayar zakat,berpuasa sepanjang bulan Ramadhan dan menunaikan hajji ke Baitullah apabila berkemampuan." Pemuda itupun berkata,"Engkau telah berkata benar." Kami terperanjat dengan tingkah laku pemuda itu, dia yang menyoal dia juga yang membenarkan. Seterusnya pemuda itu berkata lagi,"Apa itu Iman?" Nabi Muhammad (s.a.w.) menjawab,"IMAN ialah percaya kepada Allah,percaya kepada Malaikat, percaya kepada kitab-kitab,percaya kepada para Nabi dan Rasul, percaya kepada Hari Kiamat dan percaya kepada Qadha dan Qadar (perkara baik dan buruk telah ditentukan oleh Allah)." Pemuda itu pun membalas,"Engkau telah berkata benar." Dia berkata lagi,"Apa itu Ihsan?" Rasulullah (s.a.w) menjawab,"Ihsan ialah kamu menyembah Allah seperti kamu dapat melihatNya,walaupun kamu tidak dapat melihatNya,sesungguhnya DIA dapat melihat kamu." Pemuda tadi berkata lagi,"Bilakah Hari Kiamat?" Rasulullah (s.a.w) berkata,"Yang ditanya tidak lebih tahu daripada yang bertanya." Dia terus bertanya lagi,"Apakah tanda-tanda kedatangannya?" Rasulullah (s.a.w)menjawab,"Apabila seorang hamba perempuan melahirkan anak yang akan menjadi Tuan kepadanya dan apabila yang dahulunya pengembala kambing yang berkaki ayam dan telanjang serta tidak terurus,mula membina bangunan pencakar langit dengan penuh kesombongan." Setelah itu pemuda itu pun terus pergi.Aku tunggu sebentar dan Rasulullah (s.a.w.) pun bertanya ,"Ya Umar tahukah kamu siapa yang telah datang tadi?" Aku menjawab,"Allah dan RasulNya jua lebih mengetahui." Baginda berkata,"Itulah Jibril.Dia datang untuk mengajar kamu tentang agama kamu." (Hadith riwayat Muslim)

Rasullulah s.a.w bersabda :“Bertaqwalah kamu kepada Allah dan berlaku adillah dalam ( hal ) anak-anakmu” ( Sahih. R Bukhari & Muslim )

Rasullulah s.a.w bersabda : “Bertaqwalah kamu kepada Allah, lakukanlah solat lima ( waktu ) mu,
berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakatmu dengan senang hati, taatilah orang yang memegang urusanmu, engkau akan masuk syurga Tuhanmu”. ( Sahih. R.Tirmidzi, Ibnu Hibban & Haakim )

Rasullulah s.a.w bersabda : “Ibadat yang paling utama adalah berdoa”( Sahih R.Haakim, Ibnu’Adi & Sa’d)

Sesiapa yang datang berjumpa tukang sihir (dukun)dan bertanya sesuatu kepadanya ( menilik) ,tidak akan diterima solatnya 40 malam.” Riwayat Muslim

Hadith Rasullulah s.a.w. : "Siapa yang membunuh diri dengan meminum racun, maka racun itu akan tetap berada di tangannya dan diminumnya dalam neraka jahanam" (Abu Hurairah r.a.)

Ada terdapat di kalangan dosa-dosa itu tidak dapat dihapuskannya, kecuali dengan cita-cita dan hasrat
seseorang itu untuk mencari nafkah hidup." (Riwayat Muslim)

Siapa yang membelanjakan untuk dirinya sendiri,supaya badannya sihat, maka perbelanjaan itu adalah
sedekah. Begitulah juga siapa yang memberi saraan terhadap isteri dan anaknya dan ahli rumahnya maka
semua dikatakan sedekah (Riwayat Ahmad)

Orang yang kuat itu bukanlah yang pandai bergulat, tetapi yang dapat menguasai diri di kala ia marah" (HR. Imam Ahmad dan Ibnu Hibban)

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur, dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''.Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu." (Riwayat al Bukhari).

Sesiapa yang suka supaya dikabulkan doanya oleh Allah di waktu kesulitan dan kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan doa di waktu sengan". (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Allah membenci tiga perkara iaitu mengumpat, berjudi dan membazirkan wang. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ia mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Tidak seorang pun yang memiliki emas dan perak yang tidak membayar zakatnya, kecuali nanti di hari kiamat, akan dipanaskan sebuah lembaran besi di api neraka lalu disetrikakan ke badan, dahi dan punggungnya. Bila sudah dingin, akan dipanaskan kembali secara terus menerus di hari yang panas terik yang lamanya sama seperti 50 ribu tahun, sampai selesai diputuskan nasib semua manusia, di saat itu masing-masing dapat melihat nasibnya apakah ke surga atau ke neraka." -Hadis Riwayat Muslim

Andainya seseorang yang mencari kayu api dan dipikulkan di atas bahunya itu lebih baik daripada ia meminta-minta pada seseorang yang kadang-kadang diberi atau ditolak- Riwayat Bukhari & Muslim

Dan dari Ibnu Abbas r.a. bahwa ia membacakan ayat berikut ini: "Katakan: Menurut apa yang diwahyukan kepadaku tidak kujumpai makanan yang diharamkan kecuali bangkai" (sampai akhir ayat 145 dari surat Al An'am). Kemudian ulasannya: "Yang diharamkan itu hanyalah apa yang dimakan. Mengenai kulit, gigi, tulang, rambut dan bulu, maka ia halal." -Hadis Riwayat Ibnul Mundzir dan Ibnu Hatim

Malu itu mengandung kebaikan buat keseluruhannya" -Hadis Riwayat Muslim

Dari Ummi Habibah binti Abu Sufyan dari Nabi s.a.w. mengatakan : "Siapa yang solat dua belas raka'at telah dibangunkan untuknya sebuah rumah di Jannah (yaitu) empat raka'at sebelum Zuhur dan dua raka'at sesudahnya, dua raka'at sesudah Maghrib, dua raka'at sesudah Isyak dan dua raka'at sebelum shalat Subuh".
(Riwayat Tirmidzi)

Dari Ummi Habibah binti Abu Sufyan dari Nabi s.a.w. mengatakan : "Siapa yang solat empat raka'at sebelum zuhur dan empat raka'at sesudahnya, Allah telah mengharamkan orang itu ke neraka".(Riwayat Al-Khamsah)

Manusia itu laksana barang tambang emas dan perak, mereka yang terbaik di masa Islam, apabila memiliki kefahaman agama - Hadis riwayat Abu Hurairah

Iman ialah bahawa engkau beriman dengan Allah, kepada malaikat-Nya, kepada kitab-kitab-Nya,kepada Rasul-rasul-Nya, kepada Hari Qiamat dan hendaklah engkau beriman kepda Qadar yang baik dan buruk.”
-Hadis Riwayat Muslim dari Umar bin Al-Khaattab

Rasulullah SAW bersabda :"Kaum Yahudi telah berpecah-belah menjadi 71 golongan. Kaum Nasrani telah berpecah-belah menjadi 72 golongan. Maka umatku juga akan berpecah-belah menjadi 73 golongan. Semuanya masuk ke dalam neraka, kecuali 1 golongan saja."

Bagaimana Engkau menginginkan sesuatu yang luar biasa padahal engkau sendiri tak mengubah dirimu dari kebiasaanmu? Kita banyak meminta, banyak berharap kepada Allah. Tapi sibuknya meminta kadang membuat kita tak sempat menilai diri sendiri. Padahal kalau kita meminta akan berakibat kita merubah diri, dan Allah akan memberi apa yang kita minta. Kerana sebetulnya doa itu adalah pengiring agar kita dapat mengubah diri. Jika kita tidak pernah mahu berubah diri kita menjadi lebih baik, maka tentu ada yang salah dengan permintaan kita”
-Hadis Riwayat Ibnu Ath-Tha’ilah dalam Kittabnya Al-Hikam

No comments:

Post a Comment